HANG TUA dalan RUMPUN
Melayu Sang Pahlawan
Versi Melayu
Ramai di kalangan anggota masyarakat
kita terutamanya orang-orang Melayu menganggap Hang Tuah adalah legenda
pahlawan Melayu. Pada hakikat sebenarnya Hang Tuah bukanlah dari keturunan
Melayu sebagaimana yang disangkakan. Itulah yang bakal dihuraikan dalam artikel
ini.
Selama ini orang-orang Melayu telah terkeliru atau mungkin tertipu dengan
kedudukan Hang Tuah sebagai legenda pahlawan Melayu yang dibangga-banggakan.
Hang Tuah sebenarnya telah diMelayukan untuk tujuan kemegahan semacam bentuk
yang tercatat pada Robin Hood.
Di dalam bilik-bilik darjah, dewan-dewan kuliah atau seminar bermotifkan
sejarah atau kajian sejarah hanya membincangkan tentang kepahlawanan,
kebijaksanaan serta kesetiaan Hang Tuah. Kisah Hang Tuah yang diagung-agungkan
ini telah menenggelamkan keadaan sebenar tentang asal keturunannya.
Di kalangan masyarakat Melayu dewasa ini telah timbul semacam keraguan tentang
pahlawan mereka ini, apabila penghormatan kepada pahlawan mereka mula
dipersendakan dengan reaksi-reaksi melampau seperti kelihatan dalam filem Hang
Tuah.
Keraguan terhadap kedudukan Hang
Tuah sebagai pahlawan Melayu telah menghasilkan satu penyelidikan dijalankan
terhadap asal usul keturunan secara hipotesis. Jika pepatah Melayu sendiri
telah mengatakan "bahasa jiwa bangsa" dan "manusia mati
meninggalkan nama" .
Bagaimana pula kita hendak
menafikan kenyataan "nama menunjukkan bangsa". Bahasa
"nama" merupakan identifikasi yang cukup jelas untuk mengetahui jenis
sesuatu bangsa itu.
Bukti yang dapat menerangkan asal-usul Hang Tuah setakat ini, hanyalah dapat
disandarkan pada namanya. Oleh itu satu kajian secara hipotesis telah
dijalankan dengan bersandarkan kepada "nama" manusia untuk
memperolehi jawapan tentang asal-usul Hang Tuah sebenarnya.
Dalam perbendaharaan nama-nama
orang Melayu semasa zaman kesultanan Melayu Melaka, tiada terdapat nama-nama
seumpama Hang Tuah, Hang Kasturi, Hang Jebat, Hang Lekir, Hang Lekiu,
ringkasnya ringkasan yang bermula dengan "Hang". Sejarah juga telah
mencatatkan nama-nama dari bangsa Cina yang bermula dengan Hang, Tan, Maa dan
Lee. Ia bergantung kepada suku kaum atau asal-usul keturunan mereka dari
wilayah tertentu dari China.
Kemungkinan untuk mendakwa bahawa
gelaran "Hang" telah dianugerahkan oleh Raja-Raja Melayu juga tiada
asasnya.
Mengikut kertas kerja yang
dihasilkan oleh Mohd. Yunus Ibrahim dari Jabatan Sejarah UKM dengan tajuk
"Melaka 1400-1511 Dari Aspek Kemasyarakatan," cuma menyatakan bahawa
sesuatu penghormatan, ketaatan atau kedudukan adalah diberi gelaran seperti
Bendahara, Paduka Raja, Temenggung, Laksamana, Shahbandar dan Mandulika.
Mengikut buku "Sejarah Melayu" edisi W.G. Shellabear penerbitan
Malaya Publishing House Ltd. Singapore halaman 123-131, menyatakan tentang Tun
Perpatih Putih, iaitu utusan Sultan Mansur Shah ke negeri China telah membawa
balik bersamanya seramai 500 orang dayang serta Puteri Hang Li Po. Sultan
Mansur Shah dikatakan telah berkahwin dengan puteri dari China ini dan telah
menghasilkan anak bernama Paduka Mamat.
Perkara yang menarik dari edisi
W.G. Shellabear ini ialah munculnya nama puteri Hang Li Po. Hasil perkahwinan
"campur" antara puteri Hang Li Po dengan Sultan Mansur Shah, telah
dikurniakan seorang putera dan telah diberi nama Paduka Mamat. Nama Paduka
Mamat adalah nama Melayu dan tidak pula berlaku nama "Paduka Hang
Mamat" sebagai penghargaan kepada puteri Hang Li Po, contohnya. Sejarah
telah membuktikan bahawa nama-nama dari keturunan Cina biasanya bermula dengan
Hang, Tan, Maa dan Lee bergantung kepada suku kaum mereka dan dari wilayah
tertentu asal mereka.
Jika dihubungkaitkan dengan nama
Hang Tuah dari sebutan loghat Cina adalah berbunyi seperti Hang Too Ah. Nama
Hang Jebat berbunyi Hang Jee Fatt, Hang Lekir pula seperti Hang Lee Ker,
manakala Hang Lekiu seperti Hang Lee Kiew. Mengikut prosedur tentang suku kata
nama bangsa atau keturunan Cina, biasanya cuma terdiri dari 3 suku kata sahaja.
Nama Hang Kasturi pula diragui kerana 4 suku kata walaupun ia bermula dengan
perkataan Hang. Perkataan Kasturi pula ada berbaurkan loghat bahasa Melayu.
Terdapat 3 andaian hasil kajian secara
hipotesis yang dijalankan.
Pertama : Hang Kasturi adalah
berbangsa Melayu tetapi bergaul rapat dengan anak cucu dari rombongan puteri
Hang Li Po.
Kedua : Nama sebenarnya ialah
Kasturi tetapi telah digelar Hang Kasturi oleh 4 orang rakan karibnya yang
berketurunan Cina sehingga menjadi sebutan yang kekal.
Ketiga : Mungkin nama Cina
sebenar Hang Kasturi sukar disebut oleh masyarakat tempatan. Oleh itu mereka
telah memberikannya nama baru mengikut loghat orang Melayu tempatan dan nama
ini telah diterima dengan baik oleh beliau.
Perkara lain yang menarik ialah
petikan kertas kerja Ong Hak Ching. Jabatan Sejarah UKM ada mengatakan bahawa
Sultan Mansur Shah telah memberikan tempat kediaaman di Bukit Cina kepada
puteri Hang Li Po serta 500 orang dayang-dayangnya. Anak-anak cucu mereka
digelar "biduanda Cina" juga bermakna golongan yang dilindungi. Sama
ada yang sudah memeluk Islam atau masih memeluk agama asal mereka.
Terdapat 3 andaian secara
hipotesis mengenai hal ini.
Pertama : Tidak kesemua dari anggota
rombongan puteri Hang Li Po yang memeluk agama Islam.
Kedua : Hang Too Ah, Hang Jee
Fatt, Hang Lee Ker, Hang Lee Kiew, adalah keturunan dari rombongan puteri Hang
Li Po.
Ketiga : Keempat-empat sahabat
ini kemudiannya telah memeluk agama Islam tetapi mengekalkan sebutan nama
mengikut loghat bahasa Melayu atas sebab-sebab tertentu, seperti Hang Tuah,
Hang Jebat, Hang Lekir dan Hang Lekiu.
Hal yang lebih lanjut mengenai Hang Kasturi. Telah timbul percanggahan pendapat
sejak dahulu lagi, sepertimana kajian secara hipotesis ini meragukan tentang
nama sebenar Hang Kasturi.
Percanggahan pendapat ini berlaku antara pengarang "Sejarah Melayu"
dan pengarang "Hikayat Hang Tuah" mengenai siapa sebenarnya telah
menderhaka kepada Sultan Melaka. Pengarang Sejarah Melayu menuduh Hang Kasturi
manakala pengarang Hikayat Hang Tuah Pula menuduh Hang Jebat.
Pertama :Tersirat sesuatu hal yang unik dan tersembunyi tentang kedua-dua tokoh
pahlawan ini sehingga tidak ada satu kata sepakat di kalangan kedua pengarang
serta pakar sejarah lampau.
Kedua : Pengarang "Sejarah Melayu" telah menggunakan bahan dalam
penulisannya secara mengambil pendapat lisan dan tiada ada satu penyeledikan
terperinci, kerana ia menyentuh kisah-kisah yang terlalu luas serta hal-hal
yang menyeluruh.
Ketiga : Pengarang "Hikayat
Hang Tuah" adalah lebih formal kerana menggunakan semacam bentuk kajian
sehingga dapat menggariskan hal-hal peribadi Hang Tuah secara lebih detail.
Hasil kajian secara hipotesis ini
telah membuktikan pengarang Hikayat Hang Tuah mempunyai banyak kelebihan dan
penulisannya tentang hal Hang Jebat yang telah menderhaka kepada Sultan, adalah
diterima mengikut hukum asal. Rumusan daripada kajian yang dijalankan telah
menghasilkan penemuan baru yang melibatkan kedudukan Hang Tuah sebagai legenda
pahlawan Melayu. Mengikut kajian hipotesis ini, Hang Tuah merupakan pahlawan
yang telah diMelayukan demi untuk kemegahan atau simbol kepada orang-orang
Melayu. Kita lihat bagaimana hipotesis ini menerangkan asal-usul Hang Tuah.
Hang Tuah adalah anak cucu kepada
keturunan rombongan puteri Hang Li Po yang datang ketika pemerintahan Sultan
Mansur Shah. Nama sebenar Hang Tuah ialah Hang Too Ah. Tetapi bertukar kepada
nama sebutan Hang Tuah apabila pahlawan ini memeluk agama Islam dan berkhidmat kepada
Sultan Melaka.PengIslaman Hang Tuah telah mempengaruhi 3 orang rakan karibnya
iaitu Hang Jee Fatt, Hang Lee Ker dan Hang Lee Kiew. Keempat-empat sahabat baik
ini juga bergaul rapat dengan Kasturi, iaitu rakan sebaya mereka yang berbangsa
Melayu.
Mereka juga menggelar Kasturi
dengan gelaran Hang Kasturi sebagai tanda satu persahabatan yang abadi.
Kelima-lima sahabat ini mula masyhur di kalangan istana apabila mereka
menyelamatkan Bendahara dari serangan orang mengamuk. Mereka berlima
kemudiannya memeluk agama Islam. Nama-nama mereka mengikut loghat Melayu telah
tersebar dengan cepat dan meluas samada di kalangan istana atau orang-orang
Melaka ketika itu termasuk nama Hang Kasturi.
Tiada bantahan yang pernah dibuat
ketika itu kerana masyarakat Melayu zaman itu telahpun menganggap anak cucu
dari rombongan puteri Hang Li Po sama seperti saudara Melayu mereka.
Demikianlah serba ringkas kisah Hang Tuah yang berasal daripada keturunan
puteri Hang Li Po dari kajian hipotesis ini.
Berdasarkan hipotesis ini juga bererti orang-orang Melayu telah kehilangan
seorang pahlawan lagenda yang selama ini mereka bangga-banggakan. Walaupun
demikian orang-orang Melayu telah terselamat daripada tuduhan menderhaka kepada
Sultan. Hang Jebat atau nama asalnya Hang Jee Fatt yang telah menderhaka kepada
Sultan bukanlah daripada keturunan orang Melayu Jati.
Berdasarkan hipotesis ini juga bererti orang-orang Melayu telah kehilangan
seorang pahlawan lagenda yang selama ini mereka bangga-banggakan.
Walaupun demikian orang-orang
Melayu telah terselamat daripada tuduhan menderhaka kepada Sultan. Hang Jebat
atau nama asalnya Hang Jee Fatt yang telah menderhaka kepada Sultan bukanlah
daripada keturunan orang Melayu Jati?
Dalam zaman kemakmuran
Kesultanan
Malaka, adalah Hang Tuah, seorang
laksamana
yang amat termasyhur. Ia berasal dari kalangan rendah, dan dilahirkan dalam
sebuah gubug reyot. Tetapi karena keberaniannya, ia amat dikasihi dan akhirnya
pangkatnya semakin naik. Maka jadilah ia seorang duta dan mewakili negeranya
dalam segala hal.
Hikayat ini bercerita pada kesetiaan Hang Tuah
pada Sri Sultan. Bahkan ketika ia dikhianati dan dibuang, teman karibnya, Hang
Jebat yang memberontak membelanya akhirnya malah dibunuh oleh Hang Tua. Hal ini
sampai sekarang, terutama di kalangan
Bangsa
Melayu masih menjadi
kontroversial. Siapakah yang
benar: Hang Tuah atau
Hang Jebat?
Banyak
kritik ditujukan
kepada orang
Jawa
dalam hikayat ini. Meskipun begitu senjata paling ampuh, yaitu sebilah
keris, berasal dari
Majapahit. Malah Hang Tuah dan lima bersaudara dikatakan menuntut banyak ilmu
kebatinan dari petapa Jawa.
Laksamana Hang Tuah
Dalam masa kejayaan Kesultanan Malaka, tersebutlah nama seorang tokoh
terkenal di dalamnya selain sultannya, yaitu Hang Tuah. Hang Tuah dikenal
sebagai laksamana terhebat kala itu.
Hang Tuah ini bukan hanya sebuah mitos. Pengamat budaya Melayu, Mahyudin Al
Yudra, membenarkan nama Hang Tuah ini benar adanya. “Dia adalah seorang
panglima yang hebat di Kesultanan Malaka,” ujarnya.
Namun, ia menggarisbawahi Hang Tuah ini, meski hebat dan banyak prestasinya, ia
tetaplah manusia biasa. Karena banyak cerita dan hikayat Melayu yang menurutnya
terlalu berlebihan menggambarkan kesaktiannya.
Hang Tuah dikenal sebagai laksamana, panglima tertinggi yang memimpin pasukan
di lautan. Seperti Gadjah Mada yang terkenal di Majapahit,
Hang Tuah yang cerdas dalam kepemimpinan pasukan di atas laut juga banyak
menuturkan kata-kata bijak. Di antaranya,
Esa hilang, dua terbilang.
Berdasarkan
Sulalatus Salatin atau
naskah babad raja-raja
yang ditulis menggunakan bahasa
Arab Melayu, Hang Tuah lahir di
Kampung Sungai Duyong, Malaka, sekitar 1444. Ayahnya bernama Hang Mahmud dan
ibunya Dang Merdu.
Saat muda, Hang Tuah menguasai bidang pelayaran. Ia bersama empat kawannya,
yaitu Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir, dan Hang Lekiu, merantau dan
berlayar bersama.
Suatu hari, mereka bertemu dengan tiga perahu yang berisikan pasukan dari
Majapahit yang ingin memperluas daerah kekuasaan.
Hang Tuah dan kawan-kawannya berhasil menundukkan rombongan perahu tersebut.
Kemudian, karena prestasinya, bendahara (setingkat perdana menteri)
mengangkatnya menjadi laksamana di Malaka.
Dalam Hikayat Hang Tuah, tergambar sifat kesatria dan kesetiaan seorang Hang
Tuah. Ia dan kawannya yang lahir dari kalangan rakyat jelata bisa berhasil
menjadi orang penting dan namanya termasyhur hingga kini.
Akhir kisah Hang Tuah ini mengharukan karena kisah persahabatan ini akhirnya
tercerai-berai. Awalnya, Hang Tuah difitnah melakukan perzinaan dan kemudian
diasingkan.
Catatan Dari berbagi sumber kisah hang Tuah