Assalamualaikum
Semakin lama berada di sini, semakin
banyak dugaan dan cabaran yang menjengah untuk dihadapi. Kepelbagaian
aktiviti sekolah, tugasan utama sering kali tak dapat dijalankan dengan
sebaiknya. Mungkin itulah dinamakancabaran dalam dunia sebenar seorang
pendidik. Selepas cuti 2 minggu lepas, semakin banyak tanggungjawab
diamanahkan dan sebagaimana tugas seorang guru pelatih diusahakan sebaik
mungkin.
Kadang kala tak sebaik yang diharapkan oleh mereka cuma mampu
berusaha sedaya yang mungkin.
Suasana suka, gembira, duka, gelak tawa,
marah dan macam-macam lagi bentuk perasaan muncul tanpa diduga. Biasalah
lumrahnya dalam setiap perkara baru yang dihadapi. Paling penting,
kesabaran menghadapi pelbagai jenis perasaan mampu menjadikannya satu
kenangan terindah di kala mempunyai waktu yang telah dihadkan. Jikalau
ada rezeki pastinya akan lebih dari apa yang ada sekarang ini. Apakah
yang akan berlaku hari esok dan seterusnya di saat pelbagai aktiviti
terus menerjah gawang amanah? Usahakan sebaiknya.
Satu perasaan lain telah kunjung tiba dan masih mencari apakah perasaan itu………
Tidak ada komentar:
Posting Komentar